Total Pageviews

Thursday, 27 October 2011

Kewafatan nabi Zakaria AS


Nabi Zakaria A.S. atau nama penuh baginda ialah Zakaria bin Yehoiada bin Yusahafat bin Asa bin Abia bin Rehabeam bin Sulaiman (Nabi Sulaiman A.S.) bin Daud (Nabi Daud A.S.), diutuskan untuk memimpin kaum Bani Israel. Siang dan malam tiada henti-henti baginda mengerjakan amal ibadah, memuji Allah yang Esa, dan mensyukuri nikmat yang diberikan.
Sejak beristeri Hanna, ibu saudara kepada Maryam binti Imran, Zakaria mendambakan untuk mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Baginda terus memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Baginda Zakaria A.S. khuatir bahawa bila dia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya, Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Nabi Allah, Zakaria A.S. khuatir apabila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginannya yang kuat untuk memperolehi keturunan tergugat kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: “Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Yaa’kub A.S, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai.”
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia.”
Allah menjawab dengan firman-Nya: “Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung.”
Allah berfirman: “Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari.”
KETIKA LAHIRNYA NABI YAHYA A.S
Yahya bin Zakaria (bahasa Arab:يحيى ), (hidup 1 SM – 31 TM) adalah Nabi Islam yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan diyakini bahawa Nabi Yahya A.S. hidup selama 30 tahun. Dalam ajaran Kristien, Nabi Yahya A.S. dikenal dengan nama Yohanes Pembaptis. Menurut Al-Qur’an, Yahya atau Yohanes (dalam Kristien) adalah anak Zakaria, dan kelahirannya dikabarkan oleh Malaikat Jibril. (Al-Qur’an 19:7, Al-Qur’an 3:39). Baginda diberi hikmah semenjak masih kanak-kanak. Dia mematuhi orang tuanya dan bukan orang sombong lagi durhaka (Al-Qur’an 19:13). Yahya dipuji di dalam Quran dan Allah memberkahi hari ketika dia dilahirkan. (Al-Qur’an 19:15). Yahya A.S. disebut sebagai orang yang benar, mulia. (Al-Qur’an 6:85, 3:39). Beliau diutus untuk menyampaikan firman Allah.
Nabi Yahya bin Zakaria A.S. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa dia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa baginda seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong derhaka. Baginda terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Yahya A.S. terkenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga dia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Nabi Yahya A.S. memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan. Yahya A.S. selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosa mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan ( dibaptiskan ) di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya A.S. adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya Pembaptis”.
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyetujui rencana perkahwinan itu, namun Nabi Yahya A.S. menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya A.S. yang melarangnya tersiar di seluruh pelusuk kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya A.S. yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, yang telah membawa reaksi dan pendapat di kalangan masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa bapa saudaranya, calon suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya A.S. itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya A.S. dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Dia berusaha dengan bersenjatakan kecantikan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan. Dengan menghias diri dan berpakaian yang merangsang, dia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.
Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu.”
Herodia menjawab: “Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini”.
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkutik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah disingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra’il seluruhnya.
Yahya putra Zakaria meninggal lebih dulu daripada ayahnya. Setelah kematian Yahya, perhatian orang-orang yang beriman beralih kepada Nabi Zakaria A.S. yang sudah tua. Mereka meminta pendapat tentang masalah pernikahan antara ayah dan kemenakan yang ingin dilakukan oleh Raja Hirodus, namun sama seperti Nabi Yahya A.S., Nabi Zakaria A.S. juga tetap berpegang teguh pada syariat Taurat bahwa pernikahan semacam itu diharamkan.
Akibat sikapnya ini, Raja Hirodus menjadi marah dan memerintahkan prajuritnya untuk menangkap Nabi Zakaria A.S. Namun rakyat melindungi nabi yang sudah berusia lanjut itu. Sampai pada suatu hari, Nabi Zakaria A.S. bersembunyi di sebuat hutan. Namum begitu, hutan itu dikepung oleh bala tentara Hirodus yang dibantu tentara Romawi. Nabi Zakaria A.S. melihat sebuah pohon besar yang bahagian tengahnya membelah. Masuklah baginda Zakaria A.S. ke dalam pohon itu, sehingga tentara Hirodus tak dapat menemukannya.
Akan tetapi, datang iblis yang menyerupai wujud manusia memberitahukan tempat persembunyian Nabi Zakaria A.S. ini kepada tentara Hirodus. Para prajurit itu sebenarnya tidak terlalu percaya, namun setelah mereka menggergaji pohon yang dimaksud. Mendadak dari pohon itu keluar darah. Dengan demikian cerita tentang terbunuhnya Nabi Zakaria A.S.
Benarkah demikian?
Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai kewafatan Nabi Allah, Zakaria A.S.:
1) Dari Wahb bin Munabbih yang mengatakan bahawa Nabi Zakaria A.S. wafat dia dalam pokok ketika tentera Hirodus menggergaji pokok tersebut.
2) Dari Hadis, Idris bin Sinan, yang mengatakan bahawa pokok itu dibuka oleh Isa A.S. dan Nabi Zakaria A.S wafat seperti orang biasa.
Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang telah menimpa diri Nabi Zakaria A.S.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran:
I. Surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15
II. Surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41
III. Surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat 90
MARYAM
Maryam merupakan anak tunggal kepada Imran, kaum Bani Isra’il, manakala ibunya merupakan saudara ipar kepada Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul. Ibu Maryam merasa hidup tanpa anak sangat sunyi dan membosankan sedangkan dia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di dalam kehidupan berkeluarga. Seringkali dia merasakan iri hati walaupun melihat burung-burung memberikan makanan kepada anak-anaknya, apatah lagi jika melihat ibu-ibu lain mendukung dan menyusukan anak-anak kandung mereka.
Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara telah dicubanya dan berbagai nasihat serta petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak membawa hasil yang diharapkan. Tersedarlah isteri Imran, hanya Allah S.W.T. satu-satunya tempat untuk mengadu dan hanya Dia-lah yang Berkuasa memenuhi keinginannya untuk menimang cahaya mata yang didambakan, meskipun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah lanjut. Maka dengan tekad, dia membulatkan harapannya hanya kepada Allah S.W.T. bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati bernadzar dan berjanji kepada Allah apabila permohonannya dikalbulkan, dia akan menyerahkan dan menghibahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.
Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak sia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahawa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa apa yang di idam-idamkannya itu akan menjadi kenyataan; dan kesunyian rumah tangganya akan terlerai apabila bayi yang dikandungkan itu lahir. Suasana suram dan sedih yang dulunya selalu meliputi rumah tangga Imran kini menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia.
“Manusia merancang, Tuhan menentukan”, suami yang dicintai dan sayanginya serta diharapkan akan menerima putera pertamanya dan mendampinginya dikala ia melahirkan, tiba-tiba menerima panggilan Illahi, ditarik nyawa Imran oleh Izra’il. Maka, tinggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana rasa cinta, kasih dan sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, di saat-saat dekatnya masa melahirkan. Setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup udara bebas. Agak kecewalah si ibu, setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan dia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernadzar untuk dihibahkan kepada Baitul Maqdis.
Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah dia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: “Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernadzar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitul Maqdis.
Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitul Maqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada Nabi Zakaria A.S. sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada ibunya. Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan untuk menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari orang ramai sekeliling dan jangkauan para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar diatas loteng Baitul Maqdis yang tinggi dan tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga. Nabi Zakaria mencurahkan cinta dan kasih sayang sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Setiap ada kesempatanm baginda Zakaria datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya dari menjenguk Maryam.
Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari. Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa, mengunjungi Maryam, Baginda melihat Maryam disalah satu sudut sedang khusyuk mengerjakan sembahyang sehingga tidak sedar akan kehadiran bapa saudaranya yang datang menjenguknya. Alangkah terkejutnya Nabi Zakaria A.S. apabila terlihat berbagai jenis buah-buahan musim panas di hadapan Maryam. Lalu, Baginda bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahunya, tidak ada seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. Baginda tidak sabar menanti anak saudaranya selesai sembahyang, lalu mendekati kepadanya.
Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai dia bersujud dan mengangkat kepala: “Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini.”
Maryam menjawab: “Inilah peberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Di waktu pagi tatkala matahari sedang terbit, aku mendapati rezeki ini sudah pun berada di depan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?”
Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa A.S. Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

Kewafatan nabi Isa AS menurut al-quran


Allah Ta’ala berfurman dalam surah Al Maidah 118
“ Tidak pernah aku mengatakan kepada mereka selain apa yang telah Engkau perintahkan kepada ku, yaitu “Beribadahlah kepada Allah , Tuhan-ku dan Tuhan-mu.” Dan aku menjadi saksi atas mereka selama aku berada di antara mereka, akan tetapi, setelah.Engkau mewafatkan aku.maka Engkau-lah Yang menjadi Pengawas atas mereka dan Engkau adalah Saksi atas segala sesuatu”;
“Sesungguhnya ingkarlah.orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah swt. itu adalah Al-Masih ibnu Maryam,” padahal Al-Masih berkata, “Hai Bani Israil, beribadahlah kepada Allah swt. Tuhan-ku dan Tuhan-mu.”Sesungguhnya, barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah swt. ,maka sesungguhnya Allah swt. mengharamkan surga baginya dan tempat tinggalnya ialah Api. Dan tak ada bagi orang-orang zalim seorang penolong pun”.(Al Maidah: 73)
Nabi Isa as. Mengajarkan menyembah hanya satu Tuhan (Matius 4:10 dan Lukas 4:8).
Allah Ta’ala berfirman dalam Alquran:
“ Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru memanggil kepada keimanan, bahwa, ‘Berimanlah kepada Tuhan-mu,’ maka kami telah beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah bagi kami, dosa-dosa kami,dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami dalam golongan orang-orang baik.”(Al Imran 194)
Dalil ke dua
Allah swt berfirman dalam Al quran:
“Ingatlah ketika Allah swt. berfirman, “Hal Isa, sesungguhnya [a] Aku akan mematikan engkau [424] secara wajar dan [b] akan meninggikan [424a] derajat engkau di sisi-Ku dan akan membersihkan engkau dari tuduhan orang-orang yang ingkar dan akan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas [424b] orang-orang yang ingkar hingga Hari Kiamat; [c] kemudian kepada Aku-lah kamu kembali, lalu Aku akan menghakimi di antaramu tentang apa yang kamu perselisikan.”(Ali Imran :56)
Mutawaffi diserap dari kata tawaffa . Orang mengatakan Mutawaffallu zaidan. Artinya, Tuhan telah mengambil nyawa si Zaid; ialah, Tuhan telah mematikannya. Bila Tuhan itu subyek dan manusia itu obyek kalimat, maka tawaffa tak mempunyai arti lain, kecuali mencabut nyawa pada waktu tidur atau mati, Ibn Abbas r.a. telah menyalin Mutawaffika sebagai mumiituka, ialah, Aku akan mematikan engkau ( Bukhari). Demikian pula Zamakhsyari, seorang ahli bahasa Arab kenamaan mengatakan, “Mutawaffika berarti, Aku akan memelihara engkau dari terbunuh oleh orang dan akan menganugerakan kepada engkau kesempatan hidup penuh yang telah ditetapkan bagi engkau dan akan mematikan engkau dengan kematian yang wajar, tidak terbunuh” (Kasyaf). Pada hakikatnya, para ahli kamus Arab sepakat semuanya mengenai pokok itu bahwa kata tawaffa seperti digunakan dalam cara tersebut tidak dapat mempunyai tafsiran lain dan tiada satu contoh pun dari seluruh pustaka Arab yang dapat dikemukakan tentang kata itu, bahwa kata itu di gunakan dalam suatu arti yang lain. Para alim dan ahli-ahli tafsir terkemuka, seperti :
(1) Ibn Abbas
(2) Imam Malik
(3) Imam Bukhari
(4) Imam Ibn Hazm
(5) Imam Ibn Qayyim
(6) Qatadah
(7) Wahhab
dan lain-lain mempunyai pendapat yang sama (Bukhari, bab tentang Tafsir; Bukhari, bab tentang Bad’al Khalq; Bihar; Al-Muhalla. Ma’ad hlm.19; mantsur ii; Katsir). Kata itu dipakai oada tidak kurang dari 25 tempat yang berlainan dalam Alquran dan pada tidak kurang dari 23 dari antaranya berarti mencabut nyawa pada waktu wafat. Hanya dalam dua tempat artinya, mengambil nyawa pada waktu tidur; tetapi, di sini kata-keterangan “tidur” atau “malam” telah dibubuhkan ( 6:61; 39:43 ). Kenyataan bahwa Nabi Isa a.s. telah wafat itu tidak dapat dibantah. Rasulullah saw. diriwayatkan telah bersabda, “Seandainya Musa a.s. dan Isa a.s. sekarang masih hidup, niscaya mereka akan terpaksa mengikuti aku” (Katsir).Beliau malahan menetapkan usia Isa a.s. 120 tahun (Ummal). Alquran dalam sebanyak 30 ayat telah menolak kepercayaan yang bukan-bukan, tentang kenaikan Isa a.s. dengan tubuh kasar ke langit dan tentang anggapan bahwa beliau masih hidup di langit.
Dalil ke tiga
Allah Ta’ala berfirman dalam Al Quran:
“Al-Masih ibnu Maryam itu tidak lain melainkan seorang rasul; sesungguhnya telah wafat rasul-rasul sebelumnya. Dan ibunya adalah seorang yang benar. Keduanya dahulu makan makanan. Perhatikanlah, betapa Kami menjelaskan Tanda-tanda bagi mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling”.(Al Maidah 76)
Tafsir :
Ayat ini mengemukakan sejumlah dalil yang menentang ketuhanan Nabi Isa as.
a. Nabi Isa as. tidak melebihi rasul-rasul lainnya dalam hal apa pun
b. Beliau dilahirkan oleh seorang wanita
c. Seperti makhluk manusia lainnya, beliau tunduk kepada hukum alam, harus mengalami perasaan haus dan lapor, dan juga tunduk kepada gejala-gejala alam.
Kemudian Allah Ta’ala berfirman
”Dan tidak Kami jadikan mereka jasad yang tidak makan makanan, dan tidak mereka hidup kekal.(Al Ambiya: 9)
“Meskipun orang-orang ingkar menganggap semua rasul Allah swt. sebagai manusia biasa, namun keberatan itu tetap terulang terhadap tiap-tiap rasul, bahwa seperti manusia biasa, rasul itu makan dan minum, dan berjalan kian-kemari di jalan-jalan serta tunduk kepada semua keperluan jasmani manusia (25:8), atas dasar alasan itu mereka menolak rasul. Di sini secara tidak langsung telah disinggung sikap orang-orang ingkar yang tidak selaras itu. Mereka tidak mau mengeri kenyataan ini – demikianlah maksud ayat ini mengatakan – bahwa rasul-rasul dibangkitkan sebagai “contoh” dan “teladan” bagi manusia, dan bagaimana mereka dapat berlaku sebagai teladan, jika mereka itu bukan manusia seperti mereka dan tidak seperti mereka pula tunduk kepada keperluan- keperluan badan jasmani ? Sebagai manusia, mereka tidak kebal dan tidak dapat menjadi kebal terhadap keperluan-keperluan jasmani atau terhadap kehancuran atau kematian.
Dalil ke Empat
Allah Ta’ala berfirman:
Dan,]Muhammad tidak lain melainkan seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu rasul-rasul sebelum nya. Jadi, jika ia mati atau terbunuh, akan berpalingkah kamu atas tumitmu?Dan, barangsiapa berpaling atas tumitnya maka ia tidak akan memudaratkan Allah swt. sedikit pun.Dan, Allah swt. pasti akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur..(Ali Imran :145)
Tafsir:
Kabar angin tersebar di Uhud bahwa Rasulullah saw. syahid. Ayat ini mengisyarat kan kepada peristiwa itu dan bermaksud mengatakan bahwa meskipun kabar itu tiak benar, tetapi sendainya pun Rasulullah saw. benar and pada hakikatnya telah syahid, hal itu tidak boleh menjadikan keimanan orang-orang mukmin goyah. Muhammad saw. hanyalah seorang nabi dan sebagaimana semua nabi sebelum beliau telah wafat, maka beliau pun pasti akan wafat. Tetapi Tuhan kepunyaan Islam itu Hidup kekal. Tercantum dalam tarikh bahwa tatkala Rasulullah saw. wafat, Umar r.a. bediri di Masjid Medinah dengan pedang terhunus di tangan beliau dan berkata, “Barangsiapa mengatakan Rasulullah saw. wafat, akan aku penggal batang lehernya. Beliau tidak wafat, melainkan telah pergi ke Tuhan-nya (beliau telah naik ke langit) seperti halnya Nabi Musa a.s. pernah pergi kepada Tuhan-nya dan beliau niscaya akan kembali lagi untuk menghukum orang-orang munafik.” Abu Bakar r.a. setiba di tempat peristiwa itu dengan tegas menyuruh Umar r.a. duduk, dan sementara beliau memberi wejangan kepada orang-orang Muslim yang telah berkumpul di masjid, beliau membacakan ayat ini juga; ayat ini menyakinkan mereka bahwa Rasulullah saw. sungguh-sungguh telah wafat, dan dengan demikian mereka diliputi oleh kesedihan yang sangat mendalam. Ayat ini sambil lalu membuktikan bahwa semua nabi sebelum Rasulullah s.a.w.telah wafat; sebab, sekiranya seorang di antaranya masih hidup, maka ayat ini sekali-kali tidak akan ditukil sebagai bukti tentang wafat Rasulullah saw. Sebenarnya Islam tidak mengandalkan kehidupannya atas seseorang, betapa pun besarnya orang itu. Tuhan adalah Pembinanya dan Dia-lah Pemeliharanya dan Penjaganya. Tetapi, ayat ini tidak boleh diartikan bahwa Rasulullah saw. dapat syahid dalam peperangan atau di tangan seorang pembunuh. Kepada beliau dijanjikan perlindungan Tuhan dari segala bahaya yang mengancam jiwa beliau ( 5:68 ). Musuh bersuka ria ketika kabar angin itu tersebar ke mana-mana bahwa Rasulullah saw. syahid. Tetapi hal itu ternyata merupakan suatu rahmat tersembunyi untuk kaum Muslimin. Hal itu mempersiapkan mereka untuk menerima pukulan berat yang kemudian menimpa mereka ketika beliau benar-benar wafat, Jika mereka tidak mendapat pengalaman ini, mereka tak akan mampu menanggungnya.
Dalil ke Lima
Allah Ta’ala berfirman dalam Al Quran:
Dia berfirman, “ Di situlah kamu sekalian akan hidup dan di situlah kamu akan mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan.” (Al a’raf 26)
Tafsir:
Jika diartikan secara umum, ayat ini mengisyaratkan bahwa tak ada manusia dapat naik ke langit dengan tubuh kasarnya. Manusia harus hidup dan mati di bumi ini juga. Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai ini lihat catatan no. 2934 pada ayat 34 Surah ar-Rahman (Peny.)
‘’Dan tidak Kami jadikan mereka jasad yang tidak makan makanan, dan tidak mereka hidup kekal”. (Al ambiya :9)
“Dan tidak pernah Kami utus seseorang dari rasul-rasul sebelum engkau, malainkan mereka akan makan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebagian dari kamu cobaan bagi sebagian yang lain untuk melihat apakah kamu bersabar. Dan adalah Tuhan engkau Maha Melihat”.(Al furqan 21)
Dalil ke Enam
Allah ta’ala berfirman dalam Al quran:
Dan Dia telah menjadikanku(Isa as) diberkati di mana pun aku berada, dan telah memerintahkan kepadaku shalat dan zakat selama aku hidup ;(Maryam :32)
Di sini sangat jelas Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada nabi Isa as.agar selama kehidupn beliau di dunia harus mendirikan solat dan membayar zakat
Dalil ke tujuh
Allah ta’ala berfirman dalam Al quran:
Dan Kami tidak pernah menjadikan seorang manusia sebelum engkau hidup kekal. Maka jika engkau mati, apakah mereka akan hidup kekal ? (Al Ambiya:35)
Semua syariat dan sistem agama yang bermacam-macam di masa sebelum Rasulullah saw. telah ditetapkan dan ditakdirkan untuk mengalami kehancuran dan kematian ruhani, dan hanyalah syariat Rasulullah saw. – syariat Islam – yang ditakdirkan akan hidup dan akan berlaku terus, sampai akhir zaman. Ayat ini dapat pula mengadung maksud, bahwa tidak seorang pun yang kebal terhadap kehancuran dan kematian jasmani, bahkan Rasulullah saw. pun tidak. Kekekalan dan keabadian merupakan sifat-sifat Tuhan yang khusus.
Dalil ke delapan
Dalam sebuah Hadis yang di riwayatkan oleh Imam Tabrani,Fatimah ra.menerangkan bahwa Rasulullah saw.bersabda:
Artinya:”Sesungguhnya Isa ibnu Maryam usianya seratus dua puluh tahun”.
(Kanzul Ummal ,Alauddin alhindi,Muassasaytur Risalah ,Beirut,1989,jilid x,p.479.
Dalil ke Sembilan
Allah Taa’la berfirman
“Dan ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa Ibnu Maryam, Rasul Allah swt.,” padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula mematikannya di atas salib, [697] akan tetapi ia disamarkan [698] kepada mereka seperti telah mati di atas salib. Dan, sesungguhnya orang-orang yang berselisih dalam hal ini niscaya ada dalam keraguan tentang ini; [a] mereka tidak mumpunyai pengetahuan yang pasti tentang ini melainkan menuruti dugaan; dan mereka tidak membunuhnya [699] dengan yakin.” (An Nisa:158)
Ma shalabuu-hu artinya, mereka tidak menyebabkan kematian dia pada tiang salib, sebab shalab itu cara membunuh yang terkenal. Orang berkata Shalaba al lishsha, yakni ia membunuh pencuri itu dengan memakunya pada tiang salib. Ayat itu tidak mengingkari kenyataan bahwa Nabi Isa a.s. dipakukan ke tiang salib, tetapi menyangkal beliau mati di atas tiang salib itu.
Kata-kata syubbiha lahum artinya, Nabi Isa a.s. ditampakkan kepada orang-orang Yahudi seperti orang yang mati disalib; atau hal kematian Nabi Isa a.s. menjadi samar atau menjadi teka-teki kepada mereka. Syubbiha ‘alaihi al-amru, artinyahal itu dibuat kalang-kabut, samar atau teka-teki kepadanya (Lane).
Ungkapan, maa qataluu-hu yaqinan, artinya :
(1) mereka tidak membunuh dia dengan tepat
(2) mereka tidak mengubah (dugaan mereka) jadi keyakinan yakni, pengetahuan mereka tentang kematian Nabi Isa a.s. pada tiang salib tidak demikian pastinya sampai tidak ada suatu celah keraguan pun dalam pikiran mereka bahwa mereka benar-benar telah membunuh beliau.
Dalam hal ini kata pengganti hu dalam qataluu-hu menunjuk kepada kata benda zhann (dugaan). Orang-orang Arab berkata qatala asy-syai khubran, yakni ia memperoleh pengetahuan sepenuh nya dan pasti mengenai hal itu supaya meniadakan segala kemungkinan untuk meragukan hal itu (Lane, Lisan, dan Mufradat).
Bahwa Nabi Isa a.s. tidak wafat pada tiang salib tapi wafat secara wajar dan jelas nampak dari Alquran. Fakta-fakta berikut, sebagaimana dikisahkan dalam Injil sendiri, memberi yang kuat kepada keterangan Alquran itu :
(1) Karena Nabi Isa a.s. itu seorang Nabi Allah swt., beliau tak mungkin mati pada kayu salib, sebab menurut Bible, “orang yang tergantung itu kutuklah bagi Tuhan Allah swt.” (Ulangan 21:23).
(2) Beliau telah berdoa kepada Tuhan dalam kesakitan yang amat sangat supaya “biarkan kiranya cawan (kematian di atas salib) ini lepas dariku” (Markus 14:36; Matius 26:29; Lukas 22:42); dan doa beliau telah terkabul (Iberani 5:7).
(3) Beliau telah mengabarkan sebelumnya bahwa seperti Nabi Yunus a.s. yang telah masuk ke perut ikan hiu dan telah keluar lagi hidup-hidup (Matius 12:40), beliau akan tinggal dalam “perut bumi” selama tiga hari dan akan keluar lagi hidup-hidup.
(4) Baliau telah menubuatkan pula bahwa beliau akan pergi mencari kesepuluh suku bangsa Israil yang hilang (Yahya 10:16). Bahkan orang-orang Yahudi di masa Nabi Isa a.s. pun mempercayai bahwa suku-suku bangsa Israil yang hilang itu telah terpencar ke berbagai negeri ( Yahya 7:34, 35).
(5) Nabi Isa a.s. telah terpancang pada tiang salib hanya selama kira-kira tiga jam (Yahya 19:14) dan sebagai orang yang memiliki kesehatan jasmani yang normal, beliau tidak mungkin wafat dalam waktu yang sependek itu.
(6) Segera sessudah beliau diturunkan dari tiang salib, pinggang beliau ditusuk dan darah serta air keluar darinya. Hal demikian merupakan tanda yang pasti bahwa beliau masih hidup ( Yahya 19:34 ).
(7) Orang-orang Yahudi sendiri meresa tidak yakin tentang kematian Nabi Isa a.s. sebab mereka telah meminta kepada Pelatus untuk menempatkan penjaga di kuburannya “supaya jangan murid-muridnya datang mencuri Dia, serta mengatakan kapada kaum, bahwa Ia sudah bangkit dari antara orang mati” (Matius 27:64).
(8) Tak didapatkan dalam semua Injil barang sebuah pun pernyataan tertulis dari seorang saksi yang menerangkan bahwa Nabi Isa a.s. telah wafat ketika beliau diturunkan dari tiang salib atau ketika beliau ditempatkan dalam kuburan. Lagi pula, tak seorang pun dari antara murid beliau hadir di tempat kejadian penyaliban, semuanya melarikan diri tatkala Nabi Isa a.s. dibawa ke tempat penyaliban. Kejadian yang sebenarnya rupa-rupanya demikian, boleh jadi disebabkan oleh impian istrinya agar “Jangan berbuat barang apapun ke atas orang yang benar itu” (Matius 27:19), maka Pilatus telah percaya bahwa Bani Isa a.s. tidak bersalah, dan karenanya telah bersekongkol dengan Yusuf Arimetea – seorang tokoh dari perkumpulan Essene, tempat Nabi Isa a.s. sendiri pernah menjadi anggotanya, sebelum beliau diutus sebagai nabi – untuk menolong jiwa baliau . Sidang pemeriksaan perkara Nabi Isa a.s. berlangsung pada hari Jum’at, karena Pilatus dengan sengaja mengulur waktu dengan perhitungan bahwa esok harinya jatuh Hari Sabat, saat orang-orang terhukum tidak dapat dibiarkan di atas tiang salib sesudah matahari terbenam. Ketika pada akhirnya Pelatus merasa terpaksa menghukum Nabi Isa a.s., ia memberikan keputusannya hanya tiga jam sebelum terbenamnya matahari, dengan demikian menyakinkan dirinya bahwa tak ada orang yang normal kesehatannya tinggal di atas tiang salib dalam waktu yang sesungkat itu dapat mati. Selain itu Pilatus telah sudi mengusahakan agar Nabi Isa a.s. diberi anggur atau cuka dicampur dengan rempah-rempah mur (myrrh) untuk mengurangi perasaan sakitnya. Tatkala sesudah tida jam lamanya tergantung, beliau diturunkan dari salib dalam keadaan tak sadarkan diri (mungkin karena pengaruh cuka yang diminumkan kepada beliau), Pilatus dengan senang hati mengabulakan permintaan Yusuf Arimatea dan menyerahkan badan baliau kepadanya. Lain halnya dari kedua penjahat yang digantung bersama-sama Nabi Isa a.s. tulang-tulang beliau tidak dipatahkan dan Yusuf Arimatea telah meletakkan beliau di suatu rongga yang ruangnya luas, digali dibagian samping bukit padas. Ketika itu tidak ada ilmu pemeriksaan mayat (medical autopsi), tidak ada percobaan stethoscopis, tidak diadakan pemeriksaan dari segi hukum dengan pertolongan kesaksian dari mereka yang terakhir bersama beliau (“Mystical life of Yesus”) oleh H. Spencer Lewis ).
(9) Marham Isa (salep Isa) yang terkenal itu dibuat dan dipakai untuk mengobati luka-luka Nabi Isa.as., dan beliau diurus serta dirawat oleh Yusuf Arimatea dan Nicodemus yang juga seorang yang sangat terpelajar dan anggota yang amat terhormat dari Ikatan Persaudaraan Essene.
(10) Setelah luka-luka beliau cukup sembuh, Nabi Isa a.s. meninggalkan kuburan itu dan menemui beberapa murid beliau dan bersantap bersama mereka, lalu menempuh perjalanan jauh dari Yerusalem ke Galilea dengan berjalan kaki (Lukas 24:50).
(11) “The Crucifixion by an Eye Witness,” sebuah buku yang untuk pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1873 di Amerika Serikat, merupakan terjemahan dalam bahasa Inggeris dari sebuah naskah surat dalam bahasa Latin purba yang ditulis tujuh tahun sesudah peristiwa salib oleh seorang warga Essene di Yerusalem kepada seorang anggota perkumpulan itu di Iskandaria, memberi dukungan yang kuat kepada pendapat bahwa Nabi Isa a.s. telah diturunkan dari salib dalam keadaan masih hidup. Buku itu menceritakan secara terinci semua kejadian yang menjurus kepada peristiwa salib, pemandangan di bukit tempat terjadinya penyaliban dan jiga peristiwa-peristiwa yang terjadi kemudian. Lihat juga Edisi Besar Tafsir Bahasa Inggeris.
Dua pendapat yang berbeda tersebar di tengah-tengah orang-orang Yahudi mengenao dugaan wafat Nabi Isa a.s. kerena penyaliban. Beberapa di antara mereka berpendapat bahwa beliau pertama-tama dibunuh, kemudian badan beliau digantung pada tiang salib, sedang yang lainnya berpendapat bahwa beliau dibunuh dengan dipakukan pada tiang salib. Pendapat yang pertama tercermin dalam Kisah Rasul-rasul 5:50, kita baca, “Yang sudah kamu ini bunuh dan menggantung Dia pada kayu itu.” Alquran membantah kedua pendapat ini dengan mengatakan, “mereka tidak membunuhnya, dan tidak pula mematikannya di atas salib,” Pertama Alquran menolak pembunuhan Nabi Isa a.s. dalam bentuk apapun, dan selanjutnya menyangkal cara pembunuhan yang khas dengan kalan menggantungkan pada salib. Alquran tidak menolak ike bahwa Nabi Isa a.s. digantung pada tiang salib; Alquran hanya menyangkal wafatnya di atas tiang salib.

Kewafatan nabi Muhammad


Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Pembukaan kota Mekah

Pada 10hb Ramadhan 10 Hijrah, Rasulullah SAW telah kembali & menakluk Kota Makkah setelah 8 tahun berpindah ke Madinatul Munawwarah.

Kota Mekah adalah tempat lahir Nabi Muhammad s.a.w.. Lapan tahun selepas berpindah ke Madinah, baginda kembali dan menakluk Kota Mekah pada 10 Ramadhan 8 H bersamaan Januari 630 M [1].

Latar belakang
Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.

Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.

Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.

Islamnya Sejumlah Tokoh Quraisy


Makkah sudah takluk. Penduduknya sedang menanti keputusan Rasulullah n. Maka mulailah hati para pemimpin Quraisy merenungkan Islam. Perlahan-lahan, Islam mulai menembus jantung hati mereka.
Islamnya Abu Sufyan bin Al-Harits
Di Abwa’ sebelum memasuki Makkah, Rasulullah n bertemu dengan ‘Abdullah bin Abi Umayyah dan Abu Sufyan bin Al-Harits. Tapi beliau berpaling dari mereka berdua mengingat betapa hebatnya permusuhan dan kejahatan mereka terhadap beliau dan kaum muslimin.
Ummu Salamah x berkata kepada beliau: “Janganlah sampai putra paman dan bibi anda menjadi orang yang paling celaka karena anda.”
Sementara itu, ‘Ali bin Abi Thalib z berkata kepada Abu Sufyan: “Datangilah Rasulullah n dari depan. Berkatalah kepada beliau seperti perkataan saudara-saudara Nabi Yusuf q:
“Demi Allah, sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu atas kami, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa).” (Yusuf: 91)
Karena beliau tidak suka ada yang lebih baik perkataannya dari beliau.”
Abu Sufyan melakukan hal itu. Maka Rasulullah n berkata (membacakan ayat 92):
“Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia adalah Maha penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf: 92)
Setelah itu Abu Sufyan melantunkan syairnya:
Demi umurmu, sungguh ketika aku membawa bendera
Agar prajurit Latta mengalahkan tentara Muhammad
Bagai orang Mudlij yang kebingungan diselimuti kegelapan malam
Inilah waktuku ketika hidayah datang lalu aku menyambutnya
Aku diberi hidayah oleh Haadi (Sang Pemberi hidayah) bukan diriku, dan aku ditunjuki
Kepada Allah, oleh dia yang dahulu kuusir dengan sebenar-benarnya
Mendengar ini, Rasulullah n menepuk dadanya sambil berkata: “Engkaulah yang telah mengusirku dengan sebenar-benarnya.”
Sejak saat itu baiklah Islamnya. Bahkan dikisahkan, belum pernah dia mengangkat kepala menatap Rasulullah n, karena merasa malu. Rasulullah n pun mencintai beliau dan mempersaksikannya akan masuk surga. Kata beliau: “Saya harap dia menjadi pengganti Hamzah.”
Ketika wafatnya, Abu Sufyan berkata kepada keluarganya: “Janganlah kalian tangisi aku. Karena demi Allah, aku tidak pernah berbuat dosa sejak aku masuk Islam.”
Demikianlah ketika tauhid itu tertanam kokoh di dalam hati seseorang. Apalagi bila diikrarkan dengan penuh keyakinan dan kejujuran yang sempurna, niscaya tidak mungkin orang yang mengucapkan kalimat tauhid itu mudah untuk terjatuh dalam perbuatan dosa atau terus-menerus berbuat dosa. Semoga Allah l meridhai Abu Sufyan bin Al-Harits, sepupu dan saudara sesusuan Rasulullah n.
Islamnya Suhail bin ‘Amr
Suhail bin ‘Amr adalah salah seorang pemuka dan orator ulung bangsa Quraisy. Dialah yang selama ini menghasut orang-orang agar menyerang dan memerangi kaum muslimin dengan segenap kekuatan. Pedasnya ucapan Suhail benar-benar menyakiti kaum muslimin. Sampai-sampai ‘Umar bin Al-Khaththab z, ketika melihatnya tertawan dalam perang Badr meminta izin kepada Nabi n: “Biarkan saya patahkan dua gigi serinya, agar dia tidak dapat lagi berpidato menyerang kita (dengan ucapannya).” Tapi Nabi n hanya mengatakan: “Biarlah. Mungkin suatu ketika gigi itu akan membuatmu senang.”
Akhirnya, Suhail tetap dibiarkan hidup memerangi Islam dan kaum muslimin dengan dua senjata, pedang dan lisannya. Tibalah peristiwa Hudaibiyah yang sudah kami ceritakan. Tatkala datang Suhail bin ‘Amr sebagai delegasi Quraisy, dan Nabi n berkata dengan optimis: “Sungguh urusan kalian benar-benar telah menjadi mudah. Mereka sungguh-sungguh ingin berdamai ketika mengutus orang ini.”
Sebelumnya, Quraisy sudah menyatakan kepada Suhail: “Datangi Muhammad (n), ajaklah dia berdamai. Hendaknya dia kembali tahun ini. Jangan sampai bangsa ‘Arab beranggapan kalau dia masuk tahun ini, kita telah dikalahkan Muhammad (n).”
Dibuatlah perjanjian sebagaimana disebutkan dalam kisah Hudaibiyah beberapa edisi lalu. Suhail tetap menampakkan sikap permusuhannya terhadap Islam sampai terjadinya Fathu Makkah.
Rasulullah n memasuki Baitullah, lalu keluar dan bertelekan di pintu Ka’bah seraya berkata: “Apa yang akan kalian katakan?”
Maka berkatalah Suhail bin ‘Amr: “Kami hanya mengatakan yang baik, dan menyangka sesuatu yang baik. (Anda) saudara yang mulia, putra saudara yang mulia dan anda menang.”
Kata beliau: “Saya hanya katakan kepada kalian sebagaimana ucapan Nabi Yusuf kepada para saudaranya (sebagaimana firman-Nya):
“Tiada celaan atas kalian pada hari ini.”
Pergilah. Kalian semua bebas.”
Mendengar ini, luluhlah hati Suhail dan orang-orang yang bersamanya, dalam keadaan malu, segan melihat pekerti agung Nabi n dan kasih sayangnya yang membuat akal manusia terbang keheranan. Lidah pun kelu, tak mampu berucap sepatah kata pun.
Mulailah bersemi rasa cinta di dalam hati Suhail kepada Nabi n. Tumbuh pula kecondongannya kepada Islam. Dia pun datang kepada putranya Abu Jandal (yang telah muslim, red.) agar memintakan jaminan keamanan kepada Nabi n.
Rasulullah n memberinya jaminan keamanan. Setelah itu, Suhail ikut berangkat menuju Hunain bersama Rasulullah n dalam keadaan masih musyrik, sampai dia masuk Islam di Ji’ranah. Kemudian Rasulullah n memberinya waktu itu seratus ekor unta dari ghanimah Hunain. Semakin bertambah rasa takluk dan malu dalam hati Suhail.
Tak lama, Islam mulai tumbuh mekar dalam hati Suhail, hingga dia berusaha sekuat tenaga mengganti apa-apa yang pernah hilang darinya. Hatinya setiap saat merasa teriris-iris ketika mengingat betapa jauhnya dia selama ini dari ketaatan kepada Allah l. Keras kepala, kesombongan, dan peperangan sungguh-sungguh telah membuat mereka buta. Setelah tabir itu tersingkap, tampaklah hakikat iman di depan mata mereka, bahkan diresapi oleh hati-hati mereka.
Beberapa sahabat dan orang-orang yang datang sesudah mereka mempersaksikan: “Tidak ada satu pun pembesar Quraisy yang belakangan masuk Islam, lalu masuk Islam ketika Fathu Makkah, yang lebih banyak shalatnya, puasanya, dan sedekahnya daripada Suhail. Bahkan tidak ada yang lebih semangat terhadap hal-hal yang mendukung kepada akhirat dibandingkan Suhail bin ‘Amr.”
Bahkan diceritakan, warna kulitnya berubah dan dia sering menangis ketika membaca Al-Qur’an.
Pernah terlihat, dia selalu menemui Mu’adz bin Jabal z yang ditugasi Rasulullah n mengajari penduduk Makkah tentang syariat Islam. Lalu ada yang berkata kepadanya: “Kamu mendatangi Mu’adz? Mengapa engkau tidak mendatangi salah seorang dari Quraisy untuk mengajarimu?”
Suhail menukas: “Inilah yang telah mereka melakukan sehingga mengalahkan kami. Demi umurku, aku selalu mendatanginya. Islam telah menghinakan sikap-sikap jahiliah. Allah mengangkat dengan Islam ini suatu kaum yang sama sekali tidak terkenal di masa jahiliah. Duhai kiranya kami bersama mereka, dan kami juga mendahului.”
Itulah keikhlasan. Itulah keimanan, ketika menghunjam di dalam hati. Karena hakikat ikhlas adalah terdorongnya hati kepada Allah l dengan bertaubat dari segala dosa dengan taubat nasuha.
Suhail terus melangkah. Menelusuri jalannya menuju surga Ar-Rahman dan untuk menebus apa yang luput darinya. Dialah yang mengucapkan kata-kata yang terkenal ini: “Demi Allah. Saya tidak akan biarkan satu tempat pun yang di situ saya berada bersama kaum musyrikin melainkan saya berada di sana bersama kaum muslimin seperti itu juga. Tidak ada satu pun nafkah yang dahulu saya serahkan bersama kaum musryikin melainkan saya infakkan pula kepada kaum muslimin yang serupa dengannya. Mudah-mudahan urusanku dapat menyusul satu sama lainnya.”
Setelah Nabi n wafat, beberapa kabilah mulai murtad dari Islam, bahkan penduduk Makkah mulai goyah. Bangkitlah Suhail mengingatkan bangsanya: “Wahai penduduk Makkah. Kalian adalah manusia yang paling akhir masuk ke dalam agama Muhammad (n), maka janganlah kalian menjadi orang pertama yang keluar darinya....”
Kemudian dia melanjutkan: “Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad (n) sudah wafat. Siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Hidup, tidak akan pernah mati.”
Mungkin inilah rahasianya, mengapa Rasulullah n dahulu melarang ‘Umar bin Al-Khaththab z mematahkan gigi seri Suhail. Dikisahkan, ‘Umar pun tersenyum mendengar berita pembelaan Suhail z terhadap Islam ini.
Suhail tetap teguh di atas kebaikan dan keimanan. Bertambah banyak shalat dan puasa serta sedekahnya. Dia senantiasa menangis ketika membaca Kitab Allah l. Bahkan dia sengaja berangkat menuju negeri Syam sebagai mujahid memerangi musuh-musuh Allah l. Ketika di Yarmuk, di mana ia bertugas sebagai amir (gubernur) negeri Kurdus, dia tetap berjaga di perbatasan muslimin, sambil mengingat hadits Rasulullah n:
مَقَامُ أَحَدِكُم فِى سَبِيْلِ اللهِ سَاعَةً مِنْ عُمْرِهِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ عُمْرَهُ فِى أَهْلِهِ
“Posisi salah seorang dari kamu di jalan Allah satu saat saja dari usianya, lebih baik dari amalannya seumur hidup ketika dia bersama keluarganya.”
Kata Suhail: “Saya akan tetap berjaga di perbatasan (ribath) sampai mati dan tidak akan kembali lagi ke Makkah.”
Suhail tetap berada di posnya sampai meninggal dunia karena wabah penyakit tha’un1. Nabi n bersabda:
الطَّاعُونُ شَهَادَةٌ ِلكُلِّ مُسْلِمٍ
“Wabah tha’un adalah syahadah setiap muslim.”
Semoga Allah l meridhai Suhail bin ‘Amr.
Islamnya Al-Harits bin Hisyam
Adapun Al-Harits bin Hisyam. Dia tetap memerangi kaum muslimin, sampai Fathu Makkah. Ketika tahu bahwa dia termasuk orang pertama yang dicari (untuk dibunuh), maka dia meminta jaminan keamanan kepada Ummu Hani’ bintu Abi Thalib, lalu Ummu Hani’ melindunginya. Tapi saudaranya (‘Ali, Ja’far, atau ‘Aqil) ingin membunuhnya. Ummu Hani’ segera mengadukan hal ini kepada Nabi n sambil berkata: “Si Fulan –saudaranya– menganggap aku tidak berhak memberi jaminan.” Kata Nabi n: “Kami melindungi orang yang engkau lindungi, wahai Ummu Hani’.”
Al-Harits bin Hisyam semakin jengkel melihat kekalahan Quraisy, dan berkata: “Duhai kiranya aku mati sebelum kejadian ini dan tidak menyaksikan peristiwa ini.”
Ketika dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau lihat apa yang diperbuat Muhammad (n)? Dia menghancurkan sesembahan-sesembahan itu?!”
Kata Al-Harits: “Kalau Allah tidak suka, pasti Dia akan mengubahnya.”
Setelah mereka dibebaskan oleh Rasulullah n, mulai hati para pembesar Quraisy merenungkan Islam. Al-Harits termasuk yang masuk Islam saat itu.
Kemudian setelah usai perang Hunain, Nabi n membujuk hati tokoh-tokoh Quraisy tersebut dengan memberi mereka seratus ekor unta. Hal ini semakin menghancurkan duri-duri permusuhan dan sikap keras kepala mereka. Lalu perlahan tapi pasti Islam mulai merambah hati-hati yang mulai tunduk dan melembut itu. Akhirnya bersemilah Islam di dada Al-Harits bin Hisyam, bahkan sangat baik Islamnya.
Pada masa pemerintahan ‘Umar, Al-Harits berangkat pindah menuju negeri Syam, sebagai mujahid. Hingga terjadilah peristiwa bersejarah di Yarmuk. Ketika itu ‘Ikrimah bin Abi Jahl z berkata: “Siapa yang mau berbai’at untuk mati?”
Maka berbai’atlah empat ratus orang untuk mati syahid di jalan Allah l. Mereka menerobos jantung pertahanan musuh, hingga gugur satu persatu di permukaan bumi, sementara arwah mereka menuju langit tinggi. Di antara mereka ada Al-Harits bin Hisyam.
Yarmuk menjadi saksi bisu bagaimana tentara tauhid membela agama Allah l, meninggikan Kalimat-Nya. Jumlah yang tidak seimbang, tidak membuat gentar hati-hati yang sudah terisi kokoh dengan kalimat tauhid. Memang, mereka bukan berperang karena jumlah dan kekuatan fisik. Pasukan salibis dipukul mundur oleh para pembela panji tauhid dengan kekalahan yang sangat memalukan dan menimbulkan dendam hingga berabad-abad lamanya.
Sejarah mencatat sikap kepribadian Al-Harits yang agung ketika dia mendahulukan kepentingan orang lain sebelum beliau mati sebagai syahid. Ketika datang seorang prajurit muslim hendak memberinya minum –di saat-saat kritisnya– lalu dia mendengar erangan saudaranya ‘Ikrimah, dia pun meminta agar air itu dibawa kepada ‘Ikrimah. Prajurit itu membawakan air untuk diminumkan kepada ‘Ikrimah, tapi ‘Ikrimah mendengar pula erangan ‘Ayyasy bin Rabi’ah, dia pun mengisyaratkan agar air dibawa kepada ‘Ayyasy. Tetapi, ketika mereka sampai di tempat ‘Ayyasy, ternyata dia sudah gugur sebagai syahid. Prajurit itu kembali kepada ‘Ikrimah, ternyata ‘Ikrimah pun telah wafat, lalu mereka kembali kepada Al-Harits, ternyata dia juga telah wafat.
Benarlah kata mereka (para thulaqa ini, orang-orang yang dibebaskan/ baru masuk Islam pada Fathu Makkah): “Kalau di dunia kita dikalahkan oleh mereka (sahabat yang lebih dahulu masuk Islam), maka di akhirat kita bergabung bersama mereka.” Itu bukan sekadar ucapan belaka. Semoga Allah l meridhai mereka.
Islamnya Shafwan bin Umayyah
Shafwan yang diamuk dendam kesumat karena kematian ayahnya Umayyah bin Khalaf seakan tak pernah tidur memikirkan bagaimana membalaskan dendam tersebut. Permusuhan dan kebenciannya kepada Nabi Muhammad n membawanya kepada kesepakatan bersama ‘Umair bin Wahb.
Suatu hari dia bersama ‘Umair berbincang-bincang tentang korban perang Badr. Shafwan berkata: “Demi Allah, hidup ini tidak menyenangkan sepeninggal mereka.”
Kata ‘Umair: “Betul, demi Allah. Kalau bukan karena utang yang tak mampu kulunasi dan keluarga yang akan jadi tanggungan sepeninggalku, pasti aku datangi Muhammad (n) untuk membunuhnya.”
Kemudian dia melanjutkan: “Aku katakan bahwa aku datang untuk menebus putraku yang ditawan oleh kalian.”
Mendengar ini, Shafwan segera menukas: “Utangmu jadi tanggunganku. Aku yang akan melunasinya. Keluargamu hidup bersama keluargaku, selama mereka masih hidup.”
Kata ‘Umair: “Kalau begitu, rahasiakan hal ini.”
Setelah ‘Umair tiba di depan Rasulullah n, beliau berkata kepadanya: “Berita apa yang kau bawa, hai ‘Umair?”
“Aku ingin menebus tawanan kalian ini,” katanya.
Nabi n bertanya pula: “Lalu untuk apa pedang di lehermu?”
Kata ‘Umair: “Semoga Allah membuatnya buruk. Apakah dia berguna bagi kami?”
Rasul n berkata: “Jujurlah wahai ‘Umair, apa yang mendorongmu datang?”
“Tidak ada lain, selain urusan tawanan,” katanya.
Rasulullah n berkata: “Bahkan, kamu dan Shafwan bin Umayyah duduk di Hijr (Ismail) lalu kalian menyebut-nyebut korban Badr dari Quraisy lalu kau mengatakan: ‘Kalau bukan karena utangku dan keluarga yang jadi tanggungan, pasti aku datangi Muhammad (n) untuk membunuhnya’, lalu Shafwan memberi jaminan untukmu akan melunasi utangmu dan menanggung keluargamu kalau engkau dapat membunuhku untuknya. Allah adalah Penghalang antara engkau dan keinginanmu.”
Saat itu juga, ‘Umair berseru: “Aku bersaksi tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasul Allah. Tidak ada yang mengetahui pembicaraan ini selain aku dan Shafwan. Demi Allah, tidak ada yang menyampaikannya kepadamu kecuali Allah. Segala puji bagi Allah yang telah memberiku hidayah kepada Islam.”
Lalu Nabi n memerintahkan para sahabat agar mengajarinya agama dan Al-Qur’an serta membebaskan tawanannya (putra ‘Umair).
Sementara itu, di kota Makkah, berhari-hari Shafwan menunggu kedatangan ‘Umair di mana dia menghibur bangsa Quraisy bahwa sudah ada orang yang siap membunuh Muhammad (n). Tinggal menunggu beritanya.
Meletuslah peristiwa Fathu Makkah, ‘Umair datang bersama tentara Allah l lainnya. Dia mencari Shafwan, mengajaknya masuk Islam. Tapi Shafwan lebih memilih lari meninggalkan Makkah.
Shafwan menuju Jeddah bermaksud menaiki sebuah kapal lantas berlayar ke Yaman. ‘Umair mengetahuinya, dia pun datang kepada Rasulullah n dan berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya Shafwan adalah pemuka kaumnya. Dia telah pergi karena takut kepadamu. Dia ingin menceburkan dirinya ke laut. Berilah dia jaminan keamanan.”
Nabi n berkata: “Dia aman.”
Kata ‘Umair pula: “Wahai Rasulullah, berilah aku tanda agar dia tahu sebagai jaminanmu.” Maka Rasulullah n memberinya sorban yang beliau pakai ketika memasuki Makkah.
‘Umair bergegas mengejar Shafwan. Setelah bertemu, dia berkata: “Hai Shafwan, bapak ibuku tebusanmu. Ingatlah Allah, ingatlah Allah terhadap dirimu, janganlah engkau membinasakan dirimu sendiri. Aku membawa jaminan dari Rasulullah n.”
Tapi Shafwan membalas: “Sial kamu. Pergilah, jangan bicara lagi denganku.”
‘Umair membujuknya: “Ya Shafwan, bapak ibuku tebusanmu. Sesungguhnya Rasulullah adalah orang yang paling utama, paling berbakti, paling santun, dan paling baik. Kemuliaannya adalah kemuliaanmu juga, kejayaannya adalah kejayaanmu juga.”
Kata Shafwan: “Aku mengkhawatirkan diriku.”
‘Umair menjawab: “Beliau lebih santun dan lebih pemurah dari itu.”
Akhirnya Shafwan kembali bersamanya dan berdiri di hadapan Rasulullah n. Shafwan berkata kepada beliau: “Sesungguhnya dia ini mengatakan engkau memberiku jaminan.”
Kata Rasul (n): “Betul.”
Kata Shafwan: “Beri aku waktu berpikir dua bulan.”
Maka Rasulullah n berkata: “Engkau boleh memilih selama empat bulan.”
Ketika Rasulullah n telah menyiapkan pasukan menuju Hawazin untuk memerangi mereka, disebutkan kepada beliau bahwa Shafwan memiliki persenjataan lengkap. Maka Rasulullah n menemuinya yang ketika itu masih musyrik, kata beliau: “Pinjami kami senjatamu untuk memerangi musuh besok.”
Kata Shafwan: “Apakah ini perampokan, wahai Muhammad?”
Beliau menjawab: “Bukan, tapi pinjaman yang ada jaminan sampai kami kembalikan kepadamu.”
“Kalau begitu, tidak mengapa,” katanya. Ternyata sesudah itu, sebagian senjata itu ada yang rusak, maka kata Rasulullah n: “Kalau kamu mau, kami jadikan sebagai utang kepadamu.”
“Tidak perlu,” katanya.
Usai perang, kaum muslimin memperoleh rampasan yang sangat berlimpah. Shafwan mulai melihat lembah itu dipenuhi binatang ternak. Rasulullah n meliriknya, lalu berkata: “Apakah lembah (yang dipenuhi ternak) itu menakjubkanmu?”
“Ya,” kata Shafwan. Rasulullah n berkata: “Itu semua untukmu.”
Segera saja Shafwan mengambil semua yang ada di lembah itu dan berkata: “Tidak mungkin ada seorang pun senang berbuat (memberi) dengan pemberian seperti ini kecuali seorang Nabi. Aku bersaksi tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Dia pun masuk Islam di tempat itu juga.
Shafwan tetap tinggal di Makkah sebagai muslim sesudah Rasulullah n kembali ke Madinah. Lalu ada yang berkata kepadanya: “Tidak ada Islam bagi mereka yang tidak hijrah.”
Maka Shafwan pun berangkat menuju Madinah dan singgah di rumah ‘Abbas. Hal ini disampaikan kepada Rasulullah n, lalu beliau berkata: “Dia orang Quraisy yang paling baik terhadap Quraisy. Kembalilah ke Makkah. Karena tidak hijrah sesudah Fathu Makkah. Lagi pula siapa yang mengawasi pengairan Makkah?!”
Akhirnya dia kembali ke Makkah. Di Makkah, Shafwan dikenal sebagai salah seorang dermawan yang suka memberi makan, bahkan dijuluki sebagai Pemuka Makkah. Baik pula Islamnya. Dahulu dia gunakan lisannya yang fasih menyakiti kaum muslimin, maka hari ini, dia gunakan kefasihannya untuk menolong agama Allah l. Beliau tetap hidup dalam Islam sebagai orang dermawan yang terpuji. Semoga Allah l meridhainya.
Islamnya ‘Ikrimah bin Abi Jahl
Setelah pasukan kecilnya dihancurkan oleh pasukan Khalid bin Al-Walid z, ketakutan menyelinap di hati ‘Ikrimah. Dia tahu, dia dan ayahnya adalah orang yang paling sengit memusuhi Islam dan muslimin.
‘Ikrimah tahu apa yang diterimanya jika dia tetap di Makkah. Akhirnya, dia melarikan diri hingga sampai di tepi laut.
Ketika sudah berada di atas kapal, mereka diterjang badai. Maka mulailah penumpang berdoa kepada Allah l, mentauhidkannya, dan berkata: “Sesungguhnya tempat ini tidak ada yang berguna kecuali Allah l.”
Kata ‘Ikrimah: “Apa yang harus kuucapkan?”
“Ucapkanlah Laa ilaaha illallahu,” kata nakhoda kapal.
“Justru aku melarikan diri dari kalimat ini,” katanya.
Kemudian sampailah Ummu Hakim (istrinya) yang menyusulnya ke pantai itu, lalu berkata: “Hai putra pamanku. Aku datang dari orang yang paling suka menyambung tali kasih sayang, paling berbakti, dan paling baik. Janganlah kau rusak dirimu.”
‘Ikrimah berhenti hingga Ummu Hakim mendekat dan berkata: “Aku sudah memintakan jaminan keamanan untukmu kepada Muhammad Rasulullah n.”
‘Ikrimah seperti tak yakin mendengarnya: “Engkau? Engkau melakukannya?”
“Ya, aku sudah bicarakan dengan beliau lalu beliau memberi jaminan keamanan,” kata Ummu Hakim.
‘Ikrimah pun kembali bersama Ummu Hakim. ‘Ikrimah bertanya: “Apa yang dilakukan budakmu kepadamu?”
Ummu Hakim menceritakan bagaimana dia dirayu oleh budak tersebut. Mendengar ini ‘Ikrimah pun membunuh budak itu.
Di perjalanan, ‘Ikrimah membujuk Ummu Hakim melayaninya, tetapi ditolak oleh Ummu Hakim, katanya: “Sesungguhnya kamu kafir, sedangkan aku seorang wanita muslimah.”
Kata ‘Ikrimah: “Sesuatu yang menghalangimu ini betul-betul urusan yang sangat besar.”
Setibanya di Makkah, ‘Ikrimah dan Ummu Hakim segera menemui Rasulullah n. Begitu melihatnya, Rasulullah n menyambut dan mengucapkan selamat datang kepadanya. ‘Ikrimah berdiri di hadapan beliau sementara istrinya menutupi mukanya dengan sehelai cadar. Dia pun berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya wanita ini menerangkan bahwa engkau memberiku jaminan keamanan?”
Kata Rasulullah n: “Dia benar, dan engkau aman.”
Lalu dia pun berkata: “Kepada apa engkau mengajakku, wahai Muhammad?”
Beliau n menjawab: “Aku mengajakmu agar bersaksi tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan aku adalah Rasul Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, dan berbuat (kebaikan), …” dan seterusnya. Beliau pun menyebutkan beberapa perilaku Islam.
‘Ikrimah berkata: “Demi Allah. Tidaklah engkau mengajak kami melainkan kepada yang haq dan urusan yang baik lagi indah.”
Kemudian ‘Ikrimah melanjutkan: “Sungguh, aku bersaksi tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya.”
Mendengar ini, Rasulullah n sangat gembira. Kemudian beliau berkata setelah menerangkan apa yang harus dilakukan ‘Ikrimah: “Tidaklah seorang pun yang memintaku sesuatu pada hari ini melainkan pasti aku beri.”
‘Ikrimah tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dia berkata: “Kalau begitu, saya memintamu agar memintakan ampunan kepada Allah untukku atas segala permusuhanku terhadapmu atau semua ucapan yang kuucapkan di depan atau di belakangmu.”
Kata Rasulullah n: “Ya Allah, ampunilah dia atas semua permusuhannya dan upayanya memadamkan cahaya (agama)-Mu. Ampunilah dia atas perbuatannya terhadap pribadiku, di depan atau di belakangku.”
‘Ikrimah pun berkata: “Aku ridha, wahai Rasulullah. Tidak aku biarkan nafkah yang dahulu kuberikan melawan Islam, melainkan aku infakkan berkali lipat di jalan Allah. Tidak pula peperangan yang dahulu kuikuti menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan aku akan terjun berkali lipat di jalan Allah.”
Setelah ‘Ikrimah masuk Islam, Rasulullah n mengembalikan istrinya (Ummu Hakim, red.) kepada ‘Ikrimah dengan nikah yang pertama.
Islam mulai merambah dalam hati ‘Ikrimah. Muhajir yang kehausan ini betul-betul merasakan telaga bening Islam. Sikap Rasulullah n yang begitu hangat menyambut kehadirannya membuatnya malu bila teringat begitu sengit dendam dan permusuhan dia serta ayahnya terhadap Islam dan kaum muslimin, terlebih pribadi Rasulullah n.
Lihatlah apa yang dimintanya kepada Rasulullah n? Bukan dunia. Dia hanya minta agar Allah l mengampuninya. Sejarah telah membuktikan kejujurannya memeluk Islam, keuletannya menebus dan mengubur masa lalunya yang hitam.
Yarmuk, salah satu daerah di negeri Syam menceritakan bagaimana singa-singa Allah l menerkam musuh-musuh mereka. Kekuatan dan perlengkapan musuh yang begitu dahsyat, ternyata tidak meluluhkan tekad mereka; menang atau mati syahid.
Ketika ‘Ikrimah sudah bersiap menembus pasukan musuh, Khalid bin Al-Walid saudara sepupunya berkata: “Jangan lakukan. Kematianmu sangat merugikan kaum muslimin.”
Kata ‘Ikrimah: “Biarlah, hai Khalid, karena kau telah pernah ikut bersama Rasulullah n. Apalagi ayahku sangat hebat memusuhi Rasulullah n.”
‘Ikrimah menerobos ke tengah-tengah pasukan musuh yang berjumlah puluhan ribu orang bersama beberapa ratus prajurit muslim lainnya.
Diceritakan, bahwa dia pernah berkata ketika perang Yarmuk: “Aku dahulu memerangi Rasulullah n di setiap medan pertempuran. Hari ini, apakah aku akan lari dari kalian (yakni pasukan lawan, red.)?” Lalu dia berseru: “Siapa yang mau berbai’at untuk mati?” Maka berbai’atlah Al-Harits bin Hisyam, Dhirar bin Al-Azwar bersama empat ratus prajurit muslim lainnya.
Mereka pun maju menggempur musuh di depan kemah Khalid sampai satu demi satu mereka jatuh berguguran sebagai kembang syuhada.
Kata Az-Zuhri: “Waktu itu, ‘Ikrimah adalah orang yang paling hebat ujiannya. Luka sudah memenuhi wajah dan dadanya sampai ada yang mengatakan kepadanya: ‘Bertakwalah engkau kepada Allah, kasihanilah dirimu’.”
Tapi ‘Ikrimah menukas: “Dahulu aku berjihad dengan diriku demi Latta dan ‘Uzza, bahkan aku serahkan jiwaku untuk mereka. Lantas, sekarang, apakah harus aku biarkan jiwaku ini tetap utuh karena (membela) Allah dan Rasul-Nya? Tidak. Demi Allah, selamanya tidak.” Maka, hal itu tidaklah menambahi apapun selain beliau semakin berani menyerang hingga gugur sebagai syahid. Semoga Allah l meridhai ‘Ikrimah.

1 Sebuah penyakit menular, berupa bengkak yang asalnya menjangkiti tikus. Penyakit ini lalu menyebar kepada tikus lain melalui kutu, hingga akhirnya menjangkiti manusia. (Al-Mu’jamul Wasith) -ed